Monday 19 May 2014

Muffin Coklat Cip

Copy dan paste dulu di sini. Nanti mahu buat.

CHOC CHIP MUFFIN
Bahan2
250 gram tepung gandum (saya guna Tepung Superfine)
2 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh soda bikarbonat
2 sudu besar serbuk koko (saya masukkan 3 sudu)
175 gram gula kastor
150 gram choc chip (boleh juga digantikan dengan choc rice)
250 ml susu segar @ susu cair
90 ml butter yg dicairkan (buleh juga guna minyak jagung)
1 biji telur bersaiz A
1 sudu teh esen vanila
CARA2
1. Ayak tepung, baking powder, soda bikarbonat dan serbuk koko. Masukkan kedalam bekas.
2. Masukkan juga gula ke dalam adunan tadi. Ketepikan.
3. Pecahkan telur di dlm mangkuk kecil yg lain dan pukul sekejap hanya sekadar bercampur kuning telur dan putih telur. Ketepikan.
4. Masukkan susu cair ke dalam bekas tepung secara sedikit demi sedikit sambil digaul rata (menggunakan senduk kayu).
5. Masukkan teur, butter cair @ minyak dan esen vanila. Gaul lagi.
6. Masukkan pula chip coklat @ choc rice sambil di gaul sederhana.
7. Panaskan oven dengan kepanasan 160 darjah selama 10 minit terlebih dahulu.
8. Masukkan bacuhan ke dalam cawan muffin 3/4 penuh (tp saya isi hampir penuh).
9. Taburkan sedikit choc chip di atasnya sebagai hiasan. Tak letak pon tak pe, sebab di dalam adunan pon dah ada terlalu banyak chips.
10. Bakar selama 20 minit.
Nota :
Jika muffin anda naik tidak sekata atau tinggi atau menggunung - itu adalah disebabkan suhu oven anda terlalu tinggi dan terlalu panas. Sila turunkan suhu anda.
Anda akan dapat 16 biji muffin sekiranya bersaiz seperti di dalam gambar.

No comments:

Post a Comment