Thursday 18 September 2014

Puding Roti Moist

Copy and paste dari link ini: http://dinaluzriq.blogspot.com/2014/09/moist-bread-pudding-puding-roti-basah.html?spref=fb


Langkah-langkah :

A.      Roti Gardenia 5-6 keping (yang dipotong 4), Susun di dalam Loyang. Boleh selang selikan dengan taburan kismis @ choc chip @ jagung tin @ jem @ buah laici yang dipotong kecil . Haritu bahan yang saya guna potongan kurma, choc chip dan buah laici sahaja.Tuangkan susu segar (sehingga susu menutupi roti). 

B.      Blend:
6 biji telur
1 tin susu cair
¼ susu pekat
3 sudu penuh gula
¼ @ 1/3 butter
Esen vanilla

Kemudian tuangkan  B dalam Loyang A tadi. Balik-balikkan perlahan-lahan.

p/s: Bila sudah tuang di dalam Loyang, campuran bahan roti tadi akan nampak seperti berenang-renang. Jangan risau, Itu sudah ok, tapi kalau rasa nak keras sikit puding roti tu, boleh tambahkan dalam 2 keping roti lagi.

Bakar 40-50 minit, suhu 160 d.c.

Siap.

Kalau rasa nak buat ala-ala chef sikit, boleh buat sos kastad. (yang ini saya hentam sahaja, tapi not bad). Susu segar, gula, esen vanilla, tepung kastad. Sukatan agak-agak sahaja. JMasak dengan api perlahan sehingga agak pekat setakat yang dikehendaki.

Untuk hiasan, tuangkan sos kastad, boleh potong buah strawberry, kiwi, letak daun pudina sehelai. Chewah..nampaklah macam master chef sikit kan.. J Tapi kalau tak ada, itu pun sudah cukup akan membuatkan puding roti licin!.