Tuesday 29 April 2014

Puding Roti

Jalan-jalan di FB terjumpa resipi puding roti yang nampak sedap ni. Simpan resipi di sini dulu. Lepas ni mahu try. Hehehe...

Resepi Puding Roti Yumlicious
=======================
7 keping roti ( bakar sekejap) dlm 5minit
5biji telur
2 sb mentega
1/2 cawan gula kastor
1 tin susu cair
1/2 tin susu pekat
Option:
Coklat chip/ jagung berkrim dlm tin/ kismis/biskut lemak hup seng (hehehee..) or ikutlah nk letak apa..
Cara2nya:
1. Rendam sekejap roti(dipotong 4) yg telah dibakar bersama susu cair.
2. Mix telur & mentega kemudian masukan gula & susu pekat.
3. Susun roti yg telah direndam kedalam loyang..buat selapis selapis.
4.kemudian taburkan coklat chip, kismis dan jagung diatas permukaan roti. selepas itu hancur kasar biskut dan taburkan.
5. Buat langkah yg sama sehingga roti habis..
6. Last sekali tuang telur yg sudah di mix tadi kedalam adunan...
7. bakar pada suhu 180c - 40minit


Gambar dari fb kawan.

Nanti dah siap saya punya, saya letak di sini.

Saturday 12 April 2014

Puding Roti dan Sos Kastad

Roti ada banyak. Dah berapa kali asyik buang roti yang dah tamat tempoh. Memandangkan semua bahan ada, buat puding roti la. Cari-cari resipi online, jumpa resipi mudah. Tapi adjust sikit sebab roti tak banyak.

Bahan-bahan: (puding roti)

  • 10 keping roti
  • 2 cawan susu
  • 1 cawan gula (kurangkan jadi setengah kalau tak suka manis)
  • 3 sudu besar marjerin (jangan banyak sangat, nanti terlalu berminyak)
  • 1 biji telur
  • 1 sudu teh esen vanila (nak hilangkan hanyir telur, taknak pun takpe)
Cara buat:
  1. Rendamkan roti yang sudah diracik dalam susu.
  2. Dalam bekas lain, gaulkan gula, marjerin, telur dan esen vanila.
  3. Dah sebati campurkan roti dan susu dalam adunan.
  4. Masukkan dalam loyang.
  5. Bakar dalam oven 150˚C - 200˚C (bergantung pada oven) dan bakar selama 30-40 minit. Kalau rasa lembik sangat, boleh tambahkan masa lagi. Saya suka keras sikit sebab tak muak.
Cara buat Sos Kastad:

Bahan-Bahan:
  • 1 tin susu cair
  • 2 sudu gula
  • 2 sudu tepung kastad
Cara buat:
  1. Masukkan semua bahan dalam periuk dan masak atas api sehingga pekat. Kadar kepekatan tu ikut suka.
Saya punya sos kastad terpekat sebab api besar. Huhuhu...

Tak ingat nak ambil gambar step by step. Jadi ambil gambar yang dah siap aje ya. Jemput makan.