Wednesday 26 November 2014

Cream Cheese Frosting

Copy dan paste dari blog fiza juga

 Cream Cheese Frosting

Bahan2:
500gm cream cheese - saya guna Tatura, kadang2 guna Philadelphia juga. Tengok stok dalam peti ais.
250gm butter - saya guna Buttercup je. Nak guna jenama lain, terpulang.
200gm gula aising - diayak
1 sdt esen vanilla
1 sdb jus lemon - boleh digantikan dengan jus limau, atau sunquick.

 Caranya:
- Pukul cream cheese bersama butter sehingga kembang dan nampak creamy.
- Masukkan esen vanilla
- Masukkan gula aising, pukul lagi sehingga sebati.
- Akhir sekali masukkan jus lemon. Sebatikan Siap untuk dilepa pada kek.

 Cara saya sama saja dengan cara orang lain. Belah kek kepada 2 atau 3 bahagian. Lepakan krim keju dan lapiskan. Crumb coatkan seluruh kek. Tepekkan coklat urai di tepi2 kek. Masukkan lebihan krim keju ke dalam plastik atau kertas surih. Gunting sedikit dihujung plastik, dan picitkan sesuka hati atas kek. Rambu rambakan ia..... Gaya begini amat sesuai untuk orang malas seperti saya. Atau pembuat kek amatur yang belum pandai membentuk bunga menggunakan krim keju, boleh buat gaya rambu ramba begini. Mendeko bersama krim keju agak renyah sedikit, dan memerlukan resepi yang lain supaya deko lebih cantik dan kemas.

Kek Coklat Kukus

Copy dan Paste dari Blog Fiza

Resepi Kek Coklat Kukus

 Bahan A:
1 cawan serbuk koko
1 cawan gula perang
1 cawan susu pekat
1 3/4 cawan susu segar atau susu cair
1 cawan minyak masak - Satukan semua bahan ini dala periuk, dan masak atas api sederhana sehingga kesemua bahan sebati dan larut. Biarkan ia sejuka seketika.

 Bahan B:
2 cawan tepung gandum
1 sdt soda bikarbonat
1 sdt baking powder - ayak kesemua bahan.

 Bahan C:
2 biji telur saiz AA
1 sdt esen vanilla

 Cara membuatnya:

- Sediakan kukusan.
- Pukul bahan C dengan menggunakan hand whisk sahaja.
- Masukkan bahan A, dan sebatikan. Jangan masuk ketika masih panas, takut telur masak.
- Masukkan bahan B sedikit demi sedikit, gaul sebati dengan senduk kayu.
- Masukkan adunan dalam loyang 4 segi 8x8 inci, atau boleh guna menggunakan loyang bulat saiz 9".
- Kukus dengan api perlahan sehingga kek masak, anggaran waktu masak 45 minit hingga 1 jam.
- Sejukkan dahulu sebelum dilepa dengan krim.