Bahan-bahan: (puding roti)
- 10 keping roti
- 2 cawan susu
- 1 cawan gula (kurangkan jadi setengah kalau tak suka manis)
- 3 sudu besar marjerin (jangan banyak sangat, nanti terlalu berminyak)
- 1 biji telur
- 1 sudu teh esen vanila (nak hilangkan hanyir telur, taknak pun takpe)
Cara buat:
- Rendamkan roti yang sudah diracik dalam susu.
- Dalam bekas lain, gaulkan gula, marjerin, telur dan esen vanila.
- Dah sebati campurkan roti dan susu dalam adunan.
- Masukkan dalam loyang.
- Bakar dalam oven 150˚C - 200˚C (bergantung pada oven) dan bakar selama 30-40 minit. Kalau rasa lembik sangat, boleh tambahkan masa lagi. Saya suka keras sikit sebab tak muak.
Cara buat Sos Kastad:
Bahan-Bahan:
- 1 tin susu cair
- 2 sudu gula
- 2 sudu tepung kastad
Cara buat:
- Masukkan semua bahan dalam periuk dan masak atas api sehingga pekat. Kadar kepekatan tu ikut suka.
Saya punya sos kastad terpekat sebab api besar. Huhuhu...
Tak ingat nak ambil gambar step by step. Jadi ambil gambar yang dah siap aje ya. Jemput makan.
No comments:
Post a Comment